IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

October 22, 2015

October 22, 2015

Projek Kualiti dan Pencemaran Udara di Stesen Penyelidikan Kenyir

Tujuh orang pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) telah menggunakan kabin Stesen Penyelidikan Kenyir pada 16 hingga 17 Oktober 2015 untuk menjalankan projek kualiti dan pencemaran udara. Projek ini telah dijalankan dengan menggunakan Microdust (PM10) dan Weather Station (kelajuan dan arah angin) berhampiran kabin. Lokasi Tasik Kenyir dipilih kerana jaraknya hampir 50km daripada laut.