LATAR BELAKANG
Program ini dilaksanakan untuk mengenalpasti produk-produk penduduk kampung yang berpotensi untuk dikomersialkan. Ia melibatkan pelbagai agensi supaya setiap produk yang ditonjolkan dapat dikomersialkan di pasaran. Program ini turut mengadakan aktiviti pameran bagi setiap produk yang berpotensi dari kampung-kampung sekitar Tasik Kenyir dan pameran berkenaan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak IPK, UMT.
OBJEKTIF PROGRAM
• Mengenalpasti produk-produk kampung yang berpotensi untuk dikomersialkan bagi menyokong ekopelancongan Kenyir Geopark.
• Memberi pendedahan mengenai kaedah untuk memasarkan produk.
• Memberi pendedahan mengenai ilmu-ilmu keusahawanan untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk.
• Menjalinkan kerjasama di antara pihak UMT, komuniti dan agensi.
PELAKSANAAN PROGRAM
Dilaksanakan pada 14 Oktober 2014 (Selasa) bertempat di Rumah Rehat Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Ia dimulakan dengan perkongsian pengalaman oleh pihak LADA dan seterusnya bicara ilmu oleh Dr. Muhammad Abi Sofian Abdul Halim (UMT) dengan tajuk “Kepentingan dan Kaedah Pelaksanaan Koperasi dalam Komuniti Usahawan Ekopelancongan Desa”. Program ini disusuli dengan aktiviti secara berkumpulan dalam mengenalpasti potensi setiap produk oleh fasilitator (pensyarah) dari UMT. Program ini melibatkan seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UMT, wakil agensi dan komuniti sekitar pinggir Tasik Kenyir.