IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Ekspedisi Menjejak Produk Komuniti Pinggir Tasik Kenyir

Ekspedisi Menjejak Produk Komuniti Pinggir Tasik Kenyir

Ekspedisi Menjejak Produk Komuniti Pinggir Tasik Kenyir

LATAR BELAKANG

Ekspedisi ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan pendokumentasian produk bagi setiap kampung yang mempunyai potensi dan boleh dikomersialkan.

Perbincangan awal bersama wakil dari Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

OBJEKTIF

• Mendapatkan maklumat berkenaan produk-produk kampung yang berpotensi untuk dikomersialkan bagi menyokong ekopelancongan Kenyir Geopark.
• Mendapatkan gambar-gambar produk untuk dijadikan poster bagi pameran yang akan dilaksanakan.
• Menjalinkan kerjasama di antara pihak UMT, komuniti dan agensi.

 

 

 

 

 

Perbincangan bersama wakil penduduk kampung (Pengerusi JKKK, Setiausaha JKKK dan Wanita)

PELAKSANAAN PROGRAM

Ia dimulakan dengan perbincangan awal oleh pihak UMT bersama pihak Pejabat Daerah Hulu Terengganu (PDHT) pada 23 September 2014 di Rumah Rehat PDHT. Ia disusuli dengan taklimat program bersama pemimpin setempat Hulu Terengganu bagi mengenalpasti produk-produk yang boleh dikomersialkan dan ia dilaksanakan pada 1 Oktober 2014 jam 9.00 malam di Bilik Mesyuarat PDHT. Melalui perbincangan tersebut, satu Aktiviti Gerak Kerja dijalankan pada 7 Oktober 2014 bagi penghasilan poster-poster untuk aktiviti pameran yang akan diadakan semasa Program Kolokium dan Bengkel Peningkatan Pendapatan untuk Hasil Produk Komuniti Geopark Kenyir dilaksanakan kepada penduduk kampung. Ekspedisi ini melibatkan staf UMT, pelajar PITA dan pelajar UNESCO UMT, wakil PDHT dan komuniti sekitar pinggir Tasik Kenyir.

 

 

 

 

 

Ekspedisi yang dilaksanakan oleh pihak UMT ke kampung-kampung yang terlibat.
Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More