IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Transformasi Minda melalui Program Terapi Ekspresif / Expressive Theraphy (ET) untuk Komuniti di Setiu

Transformasi Minda melalui Program Terapi Ekspresif / Expressive Theraphy (ET) untuk Komuniti di Setiu

Transformasi Minda melalui Program Terapi Ekspresif / Expressive Theraphy (ET) untuk Komuniti di Setiu

Program Terapi Ekspresif telah dijalankan selama satu hari di bawah “Program Penyelidikan Komuniti Pesisiran Pusat Pembangunan Sosioekonomi – Centre for Socioecnomic Development (CSD)” bersama dengan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi pada 15 Mei 2014 di Taman Agropolitan, Setiu. Terapi Ekspresif / Expressive Theraphy (ET) adalah satu pendekatan psikoterapi dan kaunseling yang menggalakkan pelanggan dalam mengenali diri dan perubahan pandangan hasil daripada pemprosesan intrapersonal. ET pada masa yang sama bertujuan untuk membangunkan kemahiran jangka panjang yang membolehkan pelanggan untuk mengawal selia tindak balas emosi mereka dengan lebih berkeupayaan semasa tekanan. Dalam bengkel ini, kaunselor-kaunselor menggunakan teknik terapi seni (imej) dan terapi drama (bercerita) untuk meneroka pelanggan mereka. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk menggunakan skala terapi ekspresif di kalangan 200 peserta (lelaki dan wanita) di Setiu yang dijalankan oleh sepuluh kaunselor dari UMT untuk mengubah cara pemikiran mereka.

Pengendali untuk bengkel ini ialah Prof. Madya Dr. Zakaria Mohamad dan Dr Sh Marzety Adibah binti Al Sayed Mohamad dari Program Penyelidikan Komuniti Pesisiran Pusat Pembangunan Sosioekonomi – Centre for Socioeconomic Development (CSD). Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya yang menjadi satu titik permulaan bagi penyelidik di UMT untuk membuat terapi seni ekspresif untuk menukar cara berfikir mereka, meningkatkan harga diri mereka, keyakinan dalam aktiviti keusahawanan dan menjadikan lebih berdikari. Terapi ini menawarkan produk yang ketara dan berpanjangan, yang menyediakan komponen berharga untuk terapi dan juga sebagai membantu dalam meluahkan emosi di kalangan masyarakat. Hubungan di kalangan masyarakat juga boleh ditingkatkan. Mereka boleh menerima antara satu sama lain dan sedar yang setiap orang mempunyai kelemahan dan kekuatan mereka sendiri. Ini harus dihargai dan dihormati oleh orang lain.

– Dr. Sh Marzety Adibah binti Al Sayed Mohamad

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More