Pada 21 Mei 2015, IPK telah mengadakan Mesyuarat Pra-Pembinaan Makmal Bergerak di Bilik Mesyuarat IPK dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi. Mesyuarat ini diadakan bagi membuat sesi perkenalan bersama pihak KV Resources Sdn Bhd. dan Brazen Composites Malaysia Sdn. Bhd. yang berjaya dalam tawaran sebut harga UMT untuk pembinaan makmal bergerak ini. Mesyuarat ini juga menandakan persetujuan dari pihak terbabit dalam menerima tawaran sebut harga UMT ini. Dalam mesyuarat ini, pihak KV Resources Sdn Bhd. beserta Brazen Composites Malaysia Sdn. Bhd. turut memberi penerangan mengenai carta organisasi dan perancangan kerja mereka iaitu dijangkakan selama 18 minggu untuk menyiapkan makmal bergerak ini. Dokumen-dokumen berkait juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal Pembinaan Makmal Bergerak serta penetapan tarikh untuk melakukan pemeriksaan semasa tempoh pembinaan.
Lanjutan pada Mesyuarat Pra-Pembinaan Makmal Bergerak, satu sesi menandatangani surat setujuterima tawaran sebut harga bagi pembinaan makmal bergerak telah diadakan di Pusat Komunikasi Strategik UMT, Putrajaya pada 25 Mei 2015, dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Pertemuan dan sesi menandatangani surat setujuterima tawaran sebut harga ini dihadiri oleh dua wakil Jawatankuasa Teknikal Pembinaan Makmal Bergerak iaitu Prof. Emeritus Dr. Faizah binti Mohd Sharoum (Pengarah IPK) dan En. Ahmad Fakhrurrazi bin Mokhtar (Pegawai Sains IPK) serta dua wakil dari KV Resources Sdn. Bhd. iaitu Datuk Md. Nasir bin Hj. Ghani (Pengarah Urusan) dan En. Sahim Md. Taha (Pengurus Projek) bersama seorang wakil dari Brazen Composites Malaysia Sdn. Bhd. iaitu En. Yan Neuhoff. Diharapkan dengan pembinaan makmal bergerak ini akan menjadi satu lagi platform dan mercu tanda kepada UMT dalam menjalankan penyelidikan yang mapan dan produktif di sekitar Tasik Kenyir.