IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Ekspedisi ke-3 Royal Belum

Ekspedisi ke-3 Royal Belum

Ekspedisi ke-3 Royal Belum

Oleh: Muhammad Hafiz bin Sulaiman

Ekspedisi ini merupakan kesinambungan daripada ekspedisi-ekspedisi terdahulu untuk mengkaji berkenaan parasit ikan dan serangga akuatik. Persampelan telah dilakukan bermula pada 17 Mei 2015 sehingga 21 Mei 2015. Persampelan telah dijalankan di Sungai Kenarong, Sungai Mendelum, Sungai Kejar dan Sungai Ruok. Lima spesies ikan yang telah berjaya ditangkap untuk tujuan persampelan parasit adalah Ikan Sia, Daun, Sebarau, Kawan dan Terbul. Parasit kebanyakannya dijumpai pada bahagian insang dan perut ikan. Antara parasit yang ditemui ialah ‘crustacea’, ‘monogenea’, ‘cestodes’, ‘twin-headed monogenea’ dan ‘nematodes’.

Sebelum banjir.
Selepas banjir.

 

 

 

 

 

 

Untuk persampelan serangga air, kaedah yang digunakan ialah ‘sweep netting’, ‘sifting’ dan ‘hand collection’. Antara serangga air yang ditemui adalah dari Order Ephemeroptera, Coleoptera, Plecoptera, Hemiptera dan banyak lagi. Kehadiran serangga air dari Order Ephemeroptera, Trichoptera dan Plecoptera menjadi penanda aras kualiti air sungai yang tidak tercemar di Royal Belum. Walaubagaimanapun, impak banjir besar yang melanda dapat dilihat dengan berkurangnya individu serangga air yang diperoleh, perubahan profil sungai dan lanskap disekitarnya.

‘Water penny’ pada permukaan batu (Indikator kualiti air yang baik).

 

Kala jengking air, Ranatra sp. (pemangsa).

 

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More