IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Bengkel Pembentangan Deraf Akhir Coffee Table Book dan Monograf CSD 2015

Bengkel Pembentangan Deraf Akhir Coffee Table Book dan Monograf CSD 2015

Bengkel Pembentangan Deraf Akhir Coffee Table Book dan Monograf CSD 2015

Bengkel Pembentangan Deraf Akhir Coffee Table Book dan Monograf CSD 2015 merupakan anjuran Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK). Ia diadakan bertujuan bagi menghasilkan manuskrip akhir penulisan untuk dihantar kepada pihak penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program ini telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2015 (Selasa) pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal. Slot bengkel ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pemangku Pengarah CSD, Dr. Roslina Ismail dan disusuli dengan gerak kerja penulisan oleh kumpulan penyelidik masing-masing. Seterusnya pada sesi petang, setiap kumpulan membuat pembentangan deraf akhir projek masing-masing untuk dinilai oleh Prof. Madya Dr. Noraien binti Mansor, Pengarah Penerbit UMT. Sebanyak 7 Coffee Table Book dan 2 Monograf telah dibentang serta dijangka akan diterbitkan pada bulan Disember 2015. Seramai 10 orang penyelidik, 7 orang pembantu penyelidik dan 3 orang staf CSD telah terlibat dalam program ini.

Taklimat Ringkas yang disampaikan oleh Dr. Roslina Ismail.
Taklimat Ringkas yang disampaikan oleh Dr. Roslina Ismail.
Salah seorang pembentang.
Salah seorang pembentang.
Sesi pembentangan oleh penyelidik.
Sesi pembentangan oleh penyelidik.
Rumusan dan Penilaian oleh Prof. Madya Dr. Noraien Binti Mansor.
Rumusan dan Penilaian oleh Prof. Madya Dr. Noraien Binti Mansor.

Senarai tajuk penerbitan dan pembentang bagi bengkel ini adalah sepertimana berikut:

Jenis PenerbitanNama PenerbitanPembentang
MonografKajian Demografi dan Sosioekonomi: Profiling Keusahawanan Nelayan bagi Komuniti Seberang Takir (Produk berasaskan Ikan)Dr. Azlinzuraini Ahmad
MonografProfil Psikososial Komuniti PesisiranDr. Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim
Coffee Table BookTasik Kenyir: Warisan Budaya Komuniti PribumiDr. Roslina Ismail
Coffee Table BookMaghi gi Kuala T’ganuDr. Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad wakil kepada Dr. Azizul Yadi Bin Yaakop
Coffee Table BookPerahu Tradisional TerengganuDr. Ruzaini Sulaiman@ Abdul Rahim
Coffee Table BookGamitan KenyirSiti Nor Adawiyah Az Zahra Kamaruddin wakil kepada Dr. Khatijah Omar
Coffee Table BookUsahawan KenyirDr. Marhana Mohamed Anuar
Coffee Table BookNganang: Selera Melayu Santapan TradisiDr. Muhammad Abi Sofian Abdul Halim
Coffee Table BookTasik Kenyir: Unlocking the ExperienceEn. Borhanudin Bin Mohd Yusof@Mohamed wakil kepada Dr. Kalsitinoor Set
Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More