IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Bengkel Penulisan Saintifik dan Penerbitan oleh Prof. Emeritus Dr. John W. Lewis

Bengkel Penulisan Saintifik dan Penerbitan oleh Prof. Emeritus Dr. John W. Lewis

Bengkel Penulisan Saintifik dan Penerbitan oleh Prof. Emeritus Dr. John W. Lewis

Oleh: Muhammad Hafiz Bin Sulaiman

Bengkel penulisan saintifik dan penerbitan telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Program ini bertujuan untuk menyediakan input tambahan kepada penyelidik bagaimana untuk menyediakan manuskrip yang baik untk dihantar ke penerbit jurnal artikel. Program ini telah dijalankan pada 28 Februari 2016 (Ahad) dari 10.20 pagi sehingga 12.30 tengahari di Bilik Seminar Eksekutif, Bangunan Sekolah Siswazah, UMT. Bengkel bermula dengan penerangan ringkas oleh Pengarah IPK, Prof. Emeritus. Dr. Faizah Sharoum.

Bengkel diteruskan dengan pembentangan penceramah jemputan, Prof. Emeritus. Dr. John W. Lewis. Beliau merupakan Profesor Emeritus Zoologi dari Royal Holloway University of London dan Ketua Editor Cambridge University Press (Jurnal Helmintologi). Sejumlah 59 penyelidik yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar pasca siswazah terlibat di dalam program ini.

 

 

Prof. John W. Lewis giving his speech to the audience pertaining good manuscript preparation.
Prof. John W. Lewis memberikan ucapan kepada peserta berkenaan penyediaan manuskrip yang baik.

 

Participants listen carefully to the explanation given by Prof. John W. Lewis.
Para peserta mendengar dengan teliti penerangan yang diberikan oleh Prof. John W. Lewis.

 

Prof. John W. Lewis received the gift from the Director of IPK, Prof. Faizah Mohd Sharoum.
Prof. John W. Lewis menerima cenderamata daripada Pengarah IPK, Prof. Faizah Mohd Sharoum.
Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More