IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

bryan.nelson

bryan.nelson

Seminar Pembangunan Sumber dan Komuniti Luar Bandar Kebangsaan (PESOLAR 2018)

Beberapa penyelidik dari Institut Pembangunan Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) Universiti Malaysia Terengganu mengambil kesempatan untuk menyertai Pesolar 2018 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyertaan dalam PESOLAR 2018 ini memberikan manfaat kepada bahagian Pembangunan Ekonomi Sosial IBTPL kerana berkesempatan menghasilkan 10 bab buku dalam naskah 10 buku. Selain itu, bahagian pembangunan sosial ekonomi mengambil […]

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di Sarawak kepada subjek-subjek di aliran sains. Program ini memberikan manfaat kepada 116 peserta sekitar Kota Semarahan dan Kuching. Penyelidik daripada Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu dijemput sebagai fasilitator untuk program Scienceploration […]

PROGRAM SAYANGI ALAM SEKITAR

Program ini telah diadakan pada 12 dan 13 November 2017 di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Hulu Terengganu. Ia melibatkan pelajar sekolah Orang Asli Sungai Berua dan pelajar daripada Kelas Dewasa dan Pribumi (KEDAP). Ia dijalankan bertujuan untuk aktiviti pemindahan ilmu pendidikan konservasi kepada para pelajar dan komuniti setempat, jaringan komuniti bersama masyarakat Orang Asli dan […]

Program Institut Penyelidikan Kenyir (KIEPro) 3.0: eUSAHAWAN

Program KIEPro 3.0 telah dilaksanakan di Auditorium INOS, UMT pada 28 November 2017. Ia telah dihadiri oleh peserta-peserta daripada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK). Objektif penganjuran program adalah untuk membawa transformasi perniagaan usahawan berpengalaman, memaksimakan penggunaan social media sebagai platform menjana pendapatan, melahirkan lebih ramai usahawam celik teknologi, membantu usahawan meningkatan ekonomi keluarga, membantu pemasaran online […]

Hari Mentimun Hulu Terengganu

Hulu Terengganu Cucumber Day telah diadakan pada 22 November 2017 di Pasar Kuala Berang. Program ini telah mendapat kerjasama Pejabat Daerah Hulu terengganu dan East Vege Enterprise. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan komuniti dan para pelajar UMT berkenaan Hari Mentimun Sedunia melalui Program Hulu Terengganu Cucumber Day dan Cumberland sebagai tapak destinasi pelancongan baharu serta […]