Satu bengkel Introduction of Analysis Hierarchy Process (AHP) telah diadakan di UMT anjuran oleh Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, Institut Penyelidikan Kenyir (IPK). Bengkel ini telah dilaksanakan pada 8 September 2016 (Khamis) pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di Makmal Aplikasi Komplek Kuliah, Universiti Malaysia Terengganu. Objektif utama bengkel ini adalah ingin mempelajari perisian AHP untuk diaplikasikan dalam penyelidikan bagi mempelbagai kaedah analisis data. Program ini telah dibuka kepada pensyarah dan pelajar.
Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, Institut Penyelidikan Kenyir, UMT