IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Bengkel Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK)

Bengkel Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK)

Bengkel Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK)

Pada 1 hingga 2 Disember 2014, IPK telah mengadakan satu bengkel iaitu Bengkel Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) di PrinzPark Resort Terengganu, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Bengkel ini dihadiri oleh staf-staf IPK bagi menyediakan manual prosedur kerja untuk IPK dan fail meja bagi setiap staf yang berjawatan di IPK.

Sesi Taklimat.

Bengkel ini menjadi platform bagi mengkaji semula dan mengemaskini FM dan MPK dari semasa ke semasa (sekurang-kurangnya sekali setahun) atau jika berlaku sebarang perubahan dalam dasar dan undang-undang di IPK. Proses pengemaskinian ini juga dilakukan untuk menambah proses-proses baru dan tugas-tugas baru dalam IPK. Segala peraturan, prosedur kerja dan borang-borang yang digunakan juga ditambah baik.

Kumpulan Perbincangan (Akademik & Penyelidikan).
Kumpulan Perbincangan (Pengurusan).

Kepentingan FM dan MPK :

1) Merekodkan prosedur dan peraturan kerja sebagai rujukan rasmi.

2) Keseragaman sistem / kaedah kerja.

3) Menentukan peraturan yang perlu dipatuhi.

4) Mengurangkan kesilapan.

5) Sebagai alat latihan informal.

6) Menyenangkan pertukaran pekerja – proses ambil alih tugas.

7) Memudahkan kajian mengenai sistem kerja.

8) Mengurangkan arahan secara lisan.

9) Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai lain.

PrinzPark Resort Terengganu.

 

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More