IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

UCTC – Akuaponik (IPK, UMT)

Sistem akuaponik adalah gabungan di antara : Akuakultur (Penternakan Ikan) + Hidroponik (Tanpa Tanah) = Akuaponik. Kaedah ini menggunakan air buangan daripada tangki ternakan ikan untuk memberi nutrien/baja yang secukupnya kepada tumbuhan. Akar tumbuhan berfungsi sebagai biofilter untuk membersihkan air dan ini membolehkan air tersebut diguna semula untuk ternakan ikan.

Pemuliharaan Batu Kapur Dipaparkan dalam Star2.com

Kajian oleh Penyelidik IPK,  Prof. Madya Dr. Gopalasamy Reuben Clements dalam pemuliharaan batu kapur dipaparkan dalam Star2.com.  Star2.com merupakan portal gaya hidup The Star Media Group. Artikel-artikel boleh didapati di sini : [notification type=”alert-success” close=”false” ] Stop quarrying hills for limestone, dig for it instead. Slated for destruction – Losing a last refuge – A […]

Kajian Warisan Budaya Orang Asli

Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) sedang menjalankan satu kajian berkaitan Warisan Budaya Orang Asli di Tasik Kenyir. Diketuai oleh Dr.Roslina Ismail, kajian ini merupakan salah satu objektif di bawah tema kajian Profil Warisan Budaya di Kampung-kampung sekitar Tasik Kenyir. Antara aktiviti kajian adalah pemerhatian ikut serta yang diadakan di hutan Tasik Kenyir […]

Paparan Khas dalam Voyages of Discovery (Jilid 4)

Prof. Madya Dr. Gopalasamy Reuben Clements dipaparkan dalam Jilid ke-4 Majalah Voyages of Discovery.     Salinan majalah boleh dimuat turun di sini: [notification type=”alert-info” close=”false” ]VOD 4 – Responsible Roadways[/notification]

Tinjauan Pengetahuan Tempatan Tentang Tenggiling Malaya di Kalangan Penduduk Kampung di Hulu Terengganu

Oleh: Muhammad Hafiz Sulaiman ‘Pangolin’ atau nama tempatannya Tenggiling adalah haiwan seakan armadillo. Sifat luarannya lebih kepada reptilia berbanding mamalia kerana terdapat sisik yang meliputi hampir keseluruhan badannya. Di seluruh dunia, terdapat hanya lapan spesies tenggiling yang masih ada di dua benua iaitu Afrika dan Asia. Di Malaysia, hanya Tenggiling Malaya (Manis javanica) yang dijumpai. […]

Persidangan Antarabangsa mengenai Ekologi, Kepelbagaian dan Pemuliharaan Hutan Hujan di Borneo 2015

Prof. Dato’ Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah Pusat Ekosistem Tasik Kenyir, Institut Penyelidikan Kenyir, Universiti Malaysia Terengganu, Ekologi, Penyelidikan dan Pemuliharaan di Borneo Borneo dianggap pusat evolusi yang membawa kepada spesies dan subspesies endemisme yang tinggi. Antara spesies endemik adalah sekitar 5,000 spesies tumbuhan, 19 spesies ikan, 100 spesies amfibia, 39 spesies burung dan 44 […]

Program Lawatan Kerja Prof. Dr. Alberto G. Gomes daripada La Trobe University

Satu perbincangan telah diadakan sempena lawatan kerja Prof. Dr. Alberto G. Gomes daripada La Trobe University, Australia pada 4 Jun 2015 (Khamis) jam 2.30 petang hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat CSD. Program ini anjuran pihak Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD). Prof. Dr. Alberto G. Gomes merupakan Pengarah Deep Network di Australia dan mempunyai kepakaran dalam […]