IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) ke Stesen Penyelidikan Kenyir

Pada 7 September 2014, Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) telah menganjurkan satu acara untuk merasmikan Stesen Penyelidikan Kenyir di Lake Kenyir Resort, Tasik Kenyir. Acara ini dihadiri oleh ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU). Ia bermula pada 09:00 pagi di Dewan Sekayu, Lake Kenyir Resort dengan ucapan oleh Pengarah IPK, Prof. Emeritus Dr. Faizah binti Mohd Sharoum […]

Program Bual Bicara Bersama Komuniti Pesisiran

Program Penyelidikan Komuniti Pesisiran di bawah Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir telah mengadakan satu Program Bual Bicara Bersama Komuniti Pesisiran pada 25 Ogos 2014 yang lepas di Dewan Pejabat Penyelaras UMNO, DUN Seberang Takir . Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada kalangan komuniti yang hadir iaitu seramai 113 orang peserta yang […]

Penyelidikan IPK Mendapat Sokongan Mahseer Trust

Pada minggu ini, Dr Sam Walton bertemu dengan Steve Lockett daripada Mahseer Trust, satu kumpulan saintis antarabangsa dan wakil-wakil Persatuan Kelah Malaysia (KAGUM) untuk membincangkan masa depan bagi spesies terancam Tor Kenyir ini. Mahseer Trust adalah sebuah organisasi amal global yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara saintis yang bekerja dengan spesies ikan kelah serta membangunkan […]

Transformasi Minda melalui Program Terapi Ekspresif / Expressive Theraphy (ET) untuk Komuniti di Setiu

Program Terapi Ekspresif telah dijalankan selama satu hari di bawah “Program Penyelidikan Komuniti Pesisiran Pusat Pembangunan Sosioekonomi – Centre for Socioecnomic Development (CSD)” bersama dengan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi pada 15 Mei 2014 di Taman Agropolitan, Setiu. Terapi Ekspresif / Expressive Theraphy (ET) adalah satu pendekatan psikoterapi dan kaunseling yang menggalakkan pelanggan dalam […]

Latihan Terapi Ekspresif / Expressive Therapies (ET) untuk Kaunselor

– Dr. Sh Marzety Adibah binti Al Sayed Mohamad. Bengkel Terapi Ekspresif / Expressive Theraphy (ET) untuk kaunselor telah dijalankan selama sehari di bawah “Program Penyelidikan Komuniti Pesisiran Pusat Pembangunan Sosioekonomi – Centre for Socioeconomic Development (CSD)” bersama dengan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi pada 12 Mei 2014 di Makmal Kaunseling Kelompok, UMT. ET […]

Program Komuniti Geopark Kenyir (Fasa 2)

Program Penerangan Misi Geopark Kenyir kepada komuniti sekitar Tasik Kenyir (fasa 2) di bawah pengerusi Program Komuniti Pinggir Tasik, Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK), dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 30 dan 31 Mei 2014. Tujuan utama program ini adalah untuk menerangkan misi Geopark Kenyir kepada komuniti di Tasik […]

Program Komuniti Geopark Kenyir (Fasa 1)

Program selama 3 jam berkenaan penerangan misi ”Geopark Kenyir” bersama Ketua Komuniti kampung sekitar Tasik Kenyir (Fasa 1) telah dijalankan di bawah Program Komuniti Pinggir Tasik, Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Ia telah diadakan pada 10 April 2014 di bilik gerakan, Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Tujuan […]