IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Ekspedisi Kelulut Kenyir 2016 (EKK 2016)

Ekspedisi Kelulut Kenyir 2016 (EKK 2016)

Ekspedisi Kelulut Kenyir 2016 (EKK 2016)

Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut UMT yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri bin Abd Razak telah berjaya menganjurkan satu ekspedisi menjejak kelulut di Tasik Kenyir (EKK 2016). Ekspedisi selama dua hari tersebut berlangsung dari 15-16 September 2016. Program ini disertai oleh 48 orang peserta yang terdiri penternak, industri, peminat dan juga penyelidik kelulut dari seluruh Malaysia. Ekspedisi yang melibatkan 3 rumah bot turut diiringi oleh Makmal Bergerak UMT “Siti Maya”. Kehadiran Siti Maya telah memberi sedikit sebanyak gambaran kepada masyarakat umum tentang bagaimana penyelidik UMT melakukan kerja dan kajian di lapangan khususnya di Tasik Kenyir. Sepertimana program-program ekspedisi yang lepas, program kali ini telah berjaya menjadi satu medan pertemuan ramai peminat kelulut tanah air untuk bertukar pendapat dan pandangan. Perbincangan santai isu-isu semasa antara yang lama dan baharu di dalam industri kelulut banyak memberi manfaat. Aktiviti pemindahan ilmu turut diadakan oleh penyelidik kelulut UMT dengan peserta lain yang hadir. Lokasi pemetaan kelulut di Taman Burung, Taman Orkid, Air Terjun Lasir, Santuari Kelah telah berjaya menemukan spesis kelulut liar yang jarang dan sukar ditemui seperti Tetragonula melina (kelulut merah). Kelulut lain yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir ialah Homotrigona fimbriata, Homotrigona aliceae, Tetragonilla atripes, Tetragonilla collina, Geniotrigona thoracica dan Tetragonula sp.

 

14379736_1657477194562405_3134352214108671334_o

14380122_1657470014563123_6762559310435725639_o

14380134_1657478127895645_1329189853062943197_o

14324131_1657478134562311_9143850277628744567_o

14352496_1657478174562307_2151678517288093945_o

14361378_1657478207895637_2142178791251985171_o

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More