Penyelidik IPK baru sahaja kembali dari Ekspedisi Saintifik ke Royal Belum, Gerik, Perak. Ekspedisi yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia telah berlangsung antara 21 – 26 September 2014. Enam peserta dari IPK; Dr. Samuel Edward Walton, En. Muhamad Hafiz Sulaiman, En. Ahmad Fakhrurrazi Mokhtar, En. Mohd. Shukri Adam Embong dan Pn. Kartini Mohamad dan Pengarah IPK, Prof. Emeritus Dr. Faizah Mohd Sharoum telah menyertai ekspedisi saintifik ini untuk membuat persampelan ikan, parasit, serangga daratan (kebanyakannya rama-rama) dan serangga akuatik di kawasan ini.
Taman ini secara rasminya diwartakan sebagai “Taman Negeri Royal Belum” pada 3 Mei 2007. Dengan tanah seluas 117,500 hektar ini mewakili kira-kira 40% daripada jumlah keluasan Hutan Simpan Belum Temenggor (kira-kira 300,000 hektar). Tasik Temenggor, tasik kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Tasik Kenyir, terletak di dalam Taman Negeri Royal Belum. Sebagai sebuah tasik buatan manusia yang tercipta disebabkan pembinaan empangan hidroelektrik, keadaan Tasik Temenggor adalah hampir sama dengan Tasik Kenyir kita. Dengan usia 130 juta tahun, Royal Belum merupakan antara hutan hujan tertua di dunia. Ia mempunyai biodiversiti flora dan fauna yang sangat tinggi dengan pelbagai spesies yang menjadi perhatian penyelidik IPK, termasuklah kelah ikonik, kepah mutiara dan pelbagai jenis invertebrata akuatik yang menakjubkan. Hutan ini juga menjadi rumah kepada banyak kaum orang asli; Orang Asli, terutamanya mereka dari kaum Jahai dan Temiar itu.
Royal Belum adalah tempat yang terbaik untuk mendapat maklumat tentang pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan serta aspek-aspek lain persekitaran tropika. Kekayaan hasil penyelidikan saintifik yang dapat dilakukan di sini mengilhamkan kumpulan IPK untuk mengambil peluang bagi meneroka ‘khazanah’ Belum dengan menyertai ekspedisi saintifik ini. Bagi pihak UMT, IPK ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada UTM dengan organisasi yang cemerlang dalam penyertaan ekspedisi yang saling menguntungkan dan produktif ini.