IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) ke Stesen Penyelidikan Kenyir

Lawatan Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) ke Stesen Penyelidikan Kenyir

Lawatan Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) ke Stesen Penyelidikan Kenyir

Pada 7 September 2014, Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) telah menganjurkan satu acara untuk merasmikan Stesen Penyelidikan Kenyir di Lake Kenyir Resort, Tasik Kenyir. Acara ini dihadiri oleh ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU). Ia bermula pada 09:00 pagi di Dewan Sekayu, Lake Kenyir Resort dengan ucapan oleh Pengarah IPK, Prof. Emeritus Dr. Faizah binti Mohd Sharoum dan kemudian tetamu yang hadir telah diberi taklimat mengenai perkembangan dalam IPK serta hala tuju pada masa depan termasuk rancangan, sasaran dan kekuatan penyelidikan.

Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo turut melontarkan idea-idea yang membina sepanjang penyampaian, dan memberikan satu dua kata tentang cara kita boleh memperbaiki dan membangunkan lagi institut.

Pada jam 10.00 pagi, satu sidang akhbar telah diadakan untuk memberi penerangan aktiviti penyelidikan yang dijalankan kepada pihak media. Dr Ruben Clements telah ditanya mengenai penerbitan beliau baru-baru ini dalam jurnal Nature yang berprestij. Selepas sidang akhbar itu, ahli MPU telah dibawa ke pameran untuk menunjukkan hasil kerja oleh penyelidik IPK.

Sekitar 11:30 pagi, para hadirin melawat tapak Stesen Penyelidikan Kenyir di mana tiga kabin sementara telah diletakkan baru-baru ini untuk digunakan dalam pembinaan bangunan utama. Di kawasan tapak, demonstrasi “Copter Drone” dipersembahkan serta cara penggunaannya sebagai alat penyelidikan, untuk tinjauan udara telah turut dibincangkan. Dr Samuel Walton turut diberi kesempatan untuk menerangkan mengenai peralatan memancing elektro dan penggunaanya dalam penyelidikan akuatik.

 

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More