IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Program Komuniti Geopark Kenyir (Fasa 1)

Program Komuniti Geopark Kenyir (Fasa 1)

Program Komuniti Geopark Kenyir (Fasa 1)

Program selama 3 jam berkenaan penerangan misi ”Geopark Kenyir” bersama Ketua Komuniti kampung sekitar Tasik Kenyir (Fasa 1) telah dijalankan di bawah Program Komuniti Pinggir Tasik, Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

Ia telah diadakan pada 10 April 2014 di bilik gerakan, Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Tujuan utama program ini adalah untuk menerangkan misi ”Geopark Kenyir” kepada Ketua Komuniti yang melibatkan Penghulu Mukim, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JKKK bagi setiap kampung dan Tok Batin bagi kampung-kampung di sekitar Tasik Kenyir. Program ini telah dihadiri oleh 13 orang penyelidik dan staf UMT, wakil Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan pemimpin tempatan. Sesi pelaksanaan program disempurnakan oleh Dr Roslina Ismail merangkap Pengerusi Program Penyelidikan Komuniti Pinggir Tasik dan Pengarah IPK iaitu Prof. Emeritus Dr. Faizah binti Mohd Sharoum.

Terdapat beberapa tujuan yang digariskan dalam program ini. Antaranya adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan penubuhan Geopark di Tasik Kenyir kepada agensi dan pemimpin tempatan. Objektif lain adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan sejarah komuniti kenyir, profil penduduk dan pembangunan sosioekonomi komuniti di kawasan Tasik Kenyir untuk tujuan penyelidikan. Ekoran itu, ia akan mewujudkan silaturahim di antara warga UMT khususnya kakitangan dan penyelidik IPK bersama masyarakat setempat dan agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan geopark di Tasik Kenyir. Secara jelasnya, program ini memberi tumpuan kepada sesi taklimat penerangan misi Geopark Kenyir kepada ketua komuniti/pemimpin tempatan berkenaan penubuhan Geopark Kenyir dan mendapatkan kerjasama daripada mereka untuk program fasa 2 yang akan dilaksanakan kepada komuniti setempat tidak lama lagi. Ringkasnya, pelaksanaan program ini memerlukan kesedaran daipada komuniti sekitar kerana ia merupakan satu langkah awal dalam memajukan komuniti melalui penubuhan Geopark Kenyir.

DSC_1383 (1024x678)

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More