Oleh: Muhammad Hafiz Sulaiman
Institut Penyelidikan Kenyir telah dijemput untuk mengadakan Pameran Kajian Saintifik Royal Belum dan membentangkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan bersempena dengan “International Conference on Sustainability Initiatives (ICSI-2015) in conjunction with 8th ASEAN Environmental Engineering Conference (AEEC)” di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Pameran dan konferen yang dijalankan oleh pihak Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan Universiti Teknologi Malaysia ini telah berlangsung pada 24-25 Ogos 2015.