Oleh: Muhammad Hafiz Bin Sulaiman
Pada 28 sehingga 29 Februari 2016, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima kunjungan En. Josef Franz Rieger (Joe) Felo dari Amerika yang merupakan Timbalan Pengarah (Pemulihan)-Projek Sungai Elizabeth di Virginia, Amerika dan saudari Chuah Lay Theng (wakil Malaysian Nature Society Terengganu). Pada hari pertama, pihak pengajur, Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) telah membawa En. Joe dan saudari Chuah melawat Tanah Bencah Setiu dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Jamilah Mohd Salim@ Halim (Ketua Stesen Penyelidikan Tanah Bencah Setiu) wakil IPK. Pada sebelah petangnya, En. Joe dan saudari Chuah telah dibawa melawat ke Empangan Sungai Puah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Lawatan ini diiringi oleh Prof. Madya Dr. Suhaimi Suratman (Penyelidik Universiti di Institut Oseanografi & Persekitaran-INOS, UMT) dan En. Edmund (Pelajar PhD). Semasa lawatan, kami telah diberi penerangan oleh wakil dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu En. Safwan Asnawi Bin Ahmad Zaki, En. Yusnizan Bin Yusof dan En. Pendi Bin Embong.
Pada 29 Februari 2016, En. Joe and Ms. Chuah telah dibawa melawat ke Pantai UMT yang mengalami hakisan. Lawatan ini diiringi oleh Prof. Ir Dr. Ahmad bin Jusoh (Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan), Prof. Madya Dr. Mohammad Fadhli bin Ahmad (Pengarah Makmal Berpusat), Dr. Chong Ju Lian dan wakil dari IPK. Setelah itu, En. Joe telah memberikan ceramah bertajuk “Pemulihan salah satu sungai bandar yang terhebat-Sungai Elizabeth (Virginia, US) di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah. Ceramah ini dihadiri lebih 300 peserta yang terdiri daripada pensyarah, wakil agensi kerajaan Terengganu dari PERHILITAN (En. Ayob Bin Daud) dan Jabatan Perhutanan (Pn. Wan Zaizielawany binti Wan Muhamad), para pelajar pasca siswazah dan pelajar SMS Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) dan SMS (Sains Biologi). Pada sebelah petangnya, sesi perbincangan telah diadakan di antara En. Joe dan saudari Chuah dengan wakil dari agensi kerajaan dan pelajar Pasca Siswazah. Program lawatan ini tamat pada jam 4.30 petang.




