IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Kajian Soal Selidik: Kesedaran Pemuliharaan Tenggiling di Kalangan Pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Berang

Oleh: Muhammad Hafiz Bin Sulaiman

Satu kajian soal selidik di kalangan pelajar sekolah rendah telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu pada 4 April 2016 (Isnin). Kajian ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Kajian soal selidik ini pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Kajian ini telah dijalankan oleh lima orang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Dr. Chong Ju Lian, Saw Wei Ling, Nor Diyana Tajariffin, Sri Handayani Gunawan dan Muhammad Hafiz Sulaiman.

Kajian soal selidik ini dijalankan sebagai kesinambungan kepada kajian terdahulu yang tertumpu kepada penduduk kampung atau orang dewasa. Namun, bagi melengkapkan penyelidikan yang telah dijalankan, adalah penting untuk mendapat maklumat tahap kesedaran tenggiling di kalangan generasi akan datang iaitu pelajar. Matlamat kajian soal selidik ini adalah untuk mendapatkan gambaran sejauh mana pengetahuan para pelajar mengenai tenggiling dan setinggi mana tahap kesedaran mereka untuk pemuliharaan tenggiling. Penyelidikan ini akan diteruskan di beberapa sekolah rendah dan menengah yang terpilih di kawasan Geotaman Kenyir.

 

Saw Wei Ling was giving explanations to the students involved in the survey.
Saw Wei Ling sedang memberikan penerangan kepada para pelajar yang terlibat di dalam kajian soal selidik.

 

Students are diligently answering the questions in the questionnaire sheets.
Para pelajar sedang tekun menjawab soalan-soalan di dalam kertas soal selidik.

 

The students answered questions while being monitored by the researchers involved.
Para pelajar menjawab soalan sambil dipantau oleh penyelidik yang terlibat.
Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More