IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Pameran dan Ceramah Tenggiling Malaya Bersempena Program Wild Wildlife With Tenok and Friends di Badan Warisan Kuala Lumpur

Oleh: Muhammad Hafiz Sulaiman

Kumpulan Penyelidikan Tenggiling dari Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) telah menerima jemputan daripada Malaysian Heritage and History Club untuk memberikan ceramah dan menjalankan pameran berkaitan Tenggiling Malaya di Badan Warisan Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum perihal dan status Tenggiling Malaya yang diancam kepupusan. Program ini telah berlangsung pada 2 April 2016 yang lalu dan disertai oleh Dr. Chong Ju Lian, En. Ahmad Fakhrurrazi Mokhtar dan En. Muhammad Hafiz Sulaiman.

 

Dr. Chong Ju Lian giving her lecture about the Malayan Pangolin.
Dr. Chong Ju Lian memberikan ceramah beliau berkenaan Tenggiling Malaya.

 

Some of the visitors who attended to the exhibition hold by the Pangolin Research Group.
Sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke bahagian pameran tenggiling.

 

Some of the pangolin posters on display to visitors.
Sebahagian daripada poster tenggiling yang dipamerkan kepada pengunjung.

 

Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More