IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Bengkel Geopark Tasik Kenyir

Pada 22 Januari 2015, IPK telah mengadakan Bengkel Geopark Tasik Kenyir di Tabung Haji Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu. Bengkel ini dihadiri oleh penyelidik dari dalam dan luar UMT serta agensi-agensi seperti Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (Terengganu), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu dan MARDI.

Kumpulan Geologi.
Kumpulan Sosioekonomi.
Kumpulan Biodiversiti dan Pemuliharaan.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memurnikan dan melakukan penambahbaikan dossier dan juga slaid pembentangan Geopark Tasik Kenyir sebelum ianya dibentangkan kepada exco pelancongan dan seterusnya kepada Menteri Besar Terengganu lalu diusulkan pada peringkat kebangsaan.

Pembentangan slaid oleh Pengarah IPK.
Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More