Bengkel Pembentangan Deraf Akhir Coffee Table Book dan Monograf CSD 2015 merupakan anjuran Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK). Ia diadakan bertujuan bagi menghasilkan manuskrip akhir penulisan untuk dihantar kepada pihak penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Program ini telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2015 (Selasa) pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal. Slot bengkel ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pemangku Pengarah CSD, Dr. Roslina Ismail dan disusuli dengan gerak kerja penulisan oleh kumpulan penyelidik masing-masing. Seterusnya pada sesi petang, setiap kumpulan membuat pembentangan deraf akhir projek masing-masing untuk dinilai oleh Prof. Madya Dr. Noraien binti Mansor, Pengarah Penerbit UMT. Sebanyak 7 Coffee Table Book dan 2 Monograf telah dibentang serta dijangka akan diterbitkan pada bulan Disember 2015. Seramai 10 orang penyelidik, 7 orang pembantu penyelidik dan 3 orang staf CSD telah terlibat dalam program ini.




Senarai tajuk penerbitan dan pembentang bagi bengkel ini adalah sepertimana berikut:
[table id=10 /]