Bengkel Penulisan dan Persediaan Penerbitan Coffee Table Book anjuran Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), IPK telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada penyelidik berkenaan penulisan, penerbitan dan pendokumentasian (gambar) bagi memenuhi standard yang diperlukan untuk menerbitkan sesebuah buku mewah atau coffee table book.
Program ini telah dilaksanakan pada 15 April 2015 (Rabu) pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Quinara Al Safir Resort, Kuala Terengganu. Objektif utama program ialah untuk mendedahkan penyelidik kepada penulisan coffee table book dan membantu penyelidik menghasilkan coffee table book berasaskan penyelidikan di CSD.
Slot bengkel selama empat jam ini dimulakan dengan taklimat penyelidikan oleh Pemangku Pengarah CSD, Dr. Roslina Ismail. Kemudiannya Prof. Madya Dr. Noraien Binti Mansor, Pengarah Penerbit UMT menyampaikan ceramah berkenaan format penulisan dan persediaan bagi menerbitkan Coffee Table Book tersebut. Program tersebut turut dipenuhi dengan acara pembentangan dapatan penyelidikan dalam format buku mewah oleh para penyelidik di CSD. Seramai 25 orang penyelidik, 5 orang staf UMT dan 4 orang pembantu penyelidik telah terlibat dalam program ini.
Disediakan oleh:
Norhayati Ab Manaf (yati.manaf@umt.edu.my)
Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir,
Universiti Malaysia Terengganu