IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Seminar dan Forum Pengkomersilan Produk Komuniti ke Peringkat Antarabangsa 2015

Seminar dan Forum Pengkomersilan Produk Komuniti ke Peringkat Antarabangsa 2015

Seminar dan Forum Pengkomersilan Produk Komuniti ke Peringkat Antarabangsa 2015

Seminar dan Forum Pengkomersilan Produk Komuniti ke Peringkat Antarabangsa anjuran Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), IPK telah diadakan untuk memberi maklumat dan idea kepada komuniti tentang kaedah dan cara untuk mengkomersialkan produk-produk mereka ke peringkat antarabangsa. Penganjuran program memberi peluang kepada komuniti bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam mencari peluang untuk mengkomersialkan produk mereka sekaligus untuk meningkatkan pendapatan mereka. Program ini meliputi 2 slot iaitu slot seminar dan slot forum.

Ucapan Aluan yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dr. Faizah Binti Mohd Sharoum.
Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Effendy Bin Abd. Wahid.

 

 

 

 

 

 

 

Program ini telah dilaksanakan pada 13 April 2015 (Isnin) pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Auditorium Mahyuddin,UMT. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Effendy Bin Abd. Wahid, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMT. Penceramah bagi slot seminar ini ialah Prof. Osman bin Mohamad, Profesor Pelawat di Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD) dan Tuan Hj Abd. Rahman bin Abd. Majeed, Penasihat Perniagaan kepada Ken Prima Cosmeceutical Sdn. Bhd. Manakala bagi slot forum, program telah berjaya melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Pertanian Terengganu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Wilayah Timur dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu.

Slot Seminar yang disampaikan oleh Prof. Osman bin Mohamad, Profesor Pelawat CSD.
Slot Seminar oleh Tuan Hj Abd. Rahman bin Abd. Majeed, Penasihat Perniagaan Ken Prima Cosmeceutical Sdn. Bhd.

Objektif program adalah memperkasakan pengetahuan komuniti setempat mengenai kaedah untuk memasarkan dan mengkomersialkan produk komuniti di peringkat Antarabangsa, memberi pendedahan mengenai ilmu-ilmu keusahawanan untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk dan membina rangkaian dan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor berkaitan dengan greenpreneur.

Slot forum bersama agensi.
Antara peserta yang terlibat di dalam program ini.
Penyampaian cenderamata kepada penceramah.

Disediakan oleh:
Norhayati Ab Manaf (yati.manaf@umt.edu.my)
Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir,
Universiti Malaysia Terengganu

 

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More