Ekspedisi Mengenalpasti Greenpreneur Komuniti Pinggir Tasik Kenyir telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) pada 26 Mac 2015 di Hulu Terengganu. Ia diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan data komuniti yang menjalankan projek greenpreneur serta aktiviti pendokumentasian bagi setiap produk komuniti yang berpotensi untuk dikomersialkan. Ekspedisi ini memfokuskan kepada dua produk greenpreneur iaitu produk susu masam kerbau di Kampung Buluh dan projek fertigasi timun batang di Kampung Basong, Hulu Terengganu. Ia telah melibatkan agensi dari Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), MARDI, Jabatan Pertanian dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu bagi penyaluran maklumat berkenaan bantuan nasihat atau dana yang boleh dimohon oleh mereka.
Objektif utama ekspedisi ialah mengumpulkan profil asas mengenai latar belakang perusahaan dan produk greenpreneur dari kampung-kampung terpilih sekitar Tasik Kenyir untuk kajian selanjutnya di peringkat UMT, mengenalpasti greenpreneur serta produk green yang berpotensi dikomersialkan ke peringkat setempat, nasional dan antarabangsa dan membina rangkaian dan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor berkaitan dengan greenpreneur. Seramai 8 orang penyelidik dan 7 orang staf UMT serta 5 orang wakil dari agensi yang terlibat dalam ekspedisi ini.
Disediakan oleh:
Norhayati Ab Manaf (yati.manaf@umt.edu.my)
Pusat Pembangunan Sosioekonomi, Institut Penyelidikan Kenyir,
Universiti Malaysia Terengganu