Bengkel Pemantapan Penyelidikan Jangka Panjang dan Penerbitan Berimpak Tinggi Sains Sosial telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) pada 24 Mac 2015 (Selasa) pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang di KT Golf Resort, Tok Jembal Kuala Terengganu. Perbincangan ini diadakan untuk berkongsi pengalaman bagi mendapatkan idea dan cadangan daripada Profesor Pelawat CSD iaitu Prof. Osman bin Mohamad daripada Multimedia University (MMU) berkenaan cara dan kaedah yang terbaik bagi melaksanakan projek-projek penyelidikan jangka panjang CSD dan cara untuk menghasilkan penerbitan berimpak tinggi sains sosial. Projek-projek jangka panjang CSD bagi Program Penyelidikan Komuniti Pinggir Tasik ialah i) Pembangunan Greenpreneurs dan ii) Pembangunan Pendidikan – Warisan Budaya dan Tabii manakala bagi Program Penyelidikan Komuniti Pesisiran ialah i) Kajian Demografi dan Sosioekonomi dan ii) Pemodelan Ekopelancongan.
Objektif program adalah untuk mendedahkan strategi berkesan menjana penghasilan artikel jurnal berimpak tinggi, mendedahkan strategi membina dan menyebar luas rangkaian menerusi penerbitan artikel dan penggunaan ruang siber dan mendedahkan strategi menghasilkan penerbitan berimpak tinggi berasaskan penyelidikan. Seramai 18 orang penyelidik dan 5 orang staf yang terlibat dalam bengkel ini.
Disediakan oleh:
Norhayati Ab Manaf (yati.manaf@umt.edu.my)
Pusat Pembangunan Sosioekonomi, Institut Penyelidikan Kenyir,
Universiti Malaysia Terengganu