Ekspedisi Saintifik kepelbagaian Biologi Hutan dan ikan air tawar telah di jalankan di Tanjong Mentong, Tasik Kenyir pada 14 hingga 17 Jun 2014. Ekpedisi ini disertai oleh empat puluh satu orang penyelidik termasuk empat belas orang pensyarah, dua puluh orang pelajar Sarjana dan PhD, sepuluh orang staf Universiti Malaysia Terengganu dan tiga orang staf Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang turut melakukan pendokumentasian aktiviti sepanjang ekspedisi ini.
Kajian yang dijalankan merangkumi kepelbagaian flora dan fauna dari sekecil-kecil organisma mikroskopik akuatik seperti fitoplankton, zooplankton, benthos, parasit ikan, fungi, bakteria dan serangga hinggalah kepada spesis-spesis besar mamalia. Selain itu kajian kepelbagaian spesis ikan dan burung serta kajian keatas Harimau Malaya juga turut dijalankan. Satu kajian yang boleh dikatakan menarik adalah mengenai susur jalur keturunan Orang Asli tempatan keturunan Semak-beri dan Batek yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Berua berdekatan Tasik Kenyir.
Antara kajian-kajian yang telah dijalankan adalah dalam bidang Zoologi iaitu (1) Phylogenetics, Geometric Morphometrics and Ecolocation Analyses of genus Rhinolophus with an emphasis on Malaysia Fauna, (2) Systematic of Malaysian Treeshrews Inferred from Nuclear Gene, Mitchondrial Gene and Morphological Analyses, (3) Phylogeography analyses and morphometric analyses of Sunda Muelleri (Sundamys muelleri) emphasis from Malaysian Fauna, (4) Diversity of Bats at Tasik Kenyir, (5) Phylogenetic analysis of ancestral human and non-human promated. Kajian-kajian yang telah dijalankan dalam bidang Genetic Manusia adalah Human Variome Project. Manakala kajian dalam bidang Parasites Bioindicator pula adalah Fish Parasites as Indicator for Metals Bioaccumilation. Bagi kajian dalam bidang Wildlife adalah Monitoring of Tigers Commence in Project Harimau Selamanya. Manakala kajian dalam bidang Ekologi Ikan adalah To Established a baseline of fish species presence an abundance, using a suite of sampling methods. Selain itu, kajian dalam bidang Botani pula adalah (1) Preliminary check list of vascular plants in Tanjong Mentong Tasik Kenyir. (2) Macro fungal diversity at Tasik Kenyir.(3)Potential use of microfungi as indicators of water quality and wastewater treatment at Tasik Kenyir.