IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Program Penyelidikan Komuniti Pinggir Tasik Melaksanakan Seminar yang Pertama

Program Penyelidikan Komuniti Pinggir Tasik Melaksanakan Seminar yang Pertama

Program Penyelidikan Komuniti Pinggir Tasik Melaksanakan Seminar yang Pertama

Seminar yang dilaksanakan selama dua jam di bawah tema “Siri Seminar Penyelidikan Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD) 2014” dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu telah dijalankan oleh Program Penyelidikan Komuniti Pinggir Tasik pada 12 Mei 2014 bertempat di Auditorium Mahyuddin, PPPPM, UMT.

Tujuan utama ia dilaksanakan adalah untuk mendapatkan pengetahuan yang mendalam dan memahami sikap dan penerimaan komuniti orang asli di Kampung Sungai Berua terhadap penubuhan Geopark Kebangsaan di Tasik Kenyir. Ia dihadiri kira-kira 200 orang peserta termasuk wakil komuniti Orang Asli, Penghulu dari Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, pensyarah, pelajar dan pegawai-pegawai dari agensi-agensi kerajaan. Seminar ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penyelidik dan staf UMT tentang isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat orang asli. Penceramah bagi seminar ini adalah Prof. Madya Dr. Ramle bin Abdullah, iaitu pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan merupakan pakar dalam kajian sosioekonomi masyarakat Semaq Beri dan Bateq di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu. Beliau menyampaikan taklimat bertajuk “Senario Pembangunan Sosioekonomi Abad Ke-21: Isu dan Cabaran Komuniti Orang Asli di Tasik Kenyir”.

Siri Seminar Penyelidikan CSD 2014 diharapkan dapat membantu para penyelidik dan agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan komuniti terutamanya di peringkat penggubalan program atau projek-projek pembangunan yang memberi kesan kepada masyarakat. Pembangunan projek, sama ada dari segi fizikal dan spritual, jika ia dirancang dengan teliti dan mengambil kira isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh mereka, ini akan membantu untuk membawa komuniti ini ke dalam keadaan sosioekonomi mereka ke tahap yang lebih baik. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektifnya. Ia adalah permulaan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat, pihak agensi yang berkaitan dan UMT.

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More