IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Kajian Warisan Budaya Orang Asli

Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) sedang menjalankan satu kajian berkaitan Warisan Budaya Orang Asli di Tasik Kenyir. Diketuai oleh Dr.Roslina Ismail, kajian ini merupakan salah satu objektif di bawah tema kajian Profil Warisan Budaya di Kampung-kampung sekitar Tasik Kenyir. Antara aktiviti kajian adalah pemerhatian ikut serta yang diadakan di hutan Tasik Kenyir bagi mengenalpasti hasil hutan, herba dan sumber makanan berasaskan hutan serta melihat cara dan aktiviti seharian Orang Asli di dalam hutan. Pemerhatian ini mengambil masa selama 3 jam setengah dengan dipandu oleh malim hutan Orang Asli Kampung Sungai Berua, Hulu Terenganu. Pemerhatian ini juga merekodkan makanan, pokok hiasan, ubat-ubatan untuk hasil jualan dan aktiviti Orang Asli di hutan.

Aktiviti mengenalpasti hasil hutan, herba dan sumber makanan berasaskan hutan.
Sejenis sirih hutan yang digunakan oleh Orang Asli untuk perubatan.
Ahli penyelidik bersama malim Orang Asli di hutan Tasik Kenyir.
Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More