IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Sambil Belajar Bagi Kumpulan Pelajar Program TROPIMUNDO di Tasik Kenyir

Lawatan Sambil Belajar Bagi Kumpulan Pelajar Program TROPIMUNDO di Tasik Kenyir

Lawatan Sambil Belajar Bagi Kumpulan Pelajar Program TROPIMUNDO di Tasik Kenyir

Pada 13 hingga 14 Mac 2015 telah diadakan satu lawatan sambil belajar bagi kumpulan pelajar program TROPIMUNDO di sekitar Tasik Kenyir. Lawatan selama dua hari ini disertai oleh 16 orang pelajar program TROPIMUNDO dan beberapa orang staf Institut Penyelidikan Kenyir (IPK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) termasuklah dua orang wakil daripada Panomatics Malaysia yang terlibat dengan penggambaran Kenyir Coffee Table Book. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Puan Nor Azizah binti Kasim, Bendahari UMT dan Profesor Emeritus Dr. Faizah binti Mohd Sharoum, Pengarah IPK UMT turut meluangkan masa menyertai lawatan ini.

Bot laju UMT.

TROPIMUNDO singkatan ringkas Erasmus Mundus Master Course in Tropical Biodiversity and Ecosystem merupakan satu program yang ditubuhkan melalui kerjasama beberapa buah universiti atas dasar utamanya iaitu untuk memelihara dan memulihara ekosistem secara global. Universiti Libre de Brussels (ULB), Belgium telah menawarkan kepada UMT untuk mengambil bahagian dalam program TROPIMUNDO ini yang bertujuan untuk mengumpul para penyelidik dan pakar dari institusi pendidikan tertinggi yang ada bagi menyumbang pengetahuan mereka tentang penyelidikan hutan hujan tropika dan juga ekosistem pantai. Melalui program sarjana ini pelajar akan berpeluang untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran berkenaan botani, zoologi dan juga pendekatan ekosistem yang integratif. Jadi, IPK mengambil peluang ini untuk memperkenalkan kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Tasik Kenyir kepada pelajar antarabangsa ini untuk maklumat dan kajian mereka nanti.

Di bahagian depan Taman Burung.

Semua peserta dibawa ke beberapa destinasi mengelilingi tasik dengan menaiki 3 buah boat yang disediakan oleh UMT. Laluan pelancongan popular yang dikenali dengan Island Hopping dimulakan dengan melawat ke pulau yang bernama Taman Tropika. Seterunya peserta dibawa melawat ke Taman Orkid, Taman Burung, Taman Rama-rama dan Taman Herba lalu dibawa ke rumah bot yang menunggu di Tanjung Mentong untuk makan tengah hari. Selepas itu semua peserta berkesempatan untuk berbual dengan pelajar-pelajar sarjana dari Pusat Ekosistem Tasik Kenyir, IPK yang menjalankan kajian biodiversiti di hutan Tanjung Mentong. Selepas makan malam, semua peserta mendengar taklimat daripada Pengarah IPK, Profesor Emeritus Dr. Faizah binti Mohd Sharoum berkenaan Geopark Tasik Kenyir dan haiwan-haiwan yang ditemui di Tasik Kenyir.

Di hutan Tanjung Mentong.
Sangkar Akuakultur Sungai Como.

Pada hari kedua lawatan, semua peserta meneroka Gua Bewah untuk melihat keindahannya dan menghargai haiwan-haiwan yang dijumpai di dalam gua sebelum peserta-peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk aktiviti tengah hari. Satu kumpulan pergi melawat sangkar akuakultur di Sungai Como dan juga ke Kenyir Elephant Village sementara kumpulan yang satu lagi yang ramai terdiri daripada kumpulan pelajar program TROPIMUNDO berkunjung ke Air Terjun Lasir untuk melihat keindahan flora dan fauna di air terjun di samping berehat dan bermandi-manda.

Air Tejun Lasir.
Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More