IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Seminar Kenyir 2015

Seminar Kenyir 2015

Seminar Kenyir 2015

Seminar Kenyir 2015 telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Kenyir pada 7 Mac 2015 di Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Kenyir, Profesor Emeritus Dr. Faizah binti Sharoum. Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar siswazah yang baru berdaftar di Institut Penyelidikan Kenyir  ke arah kolokium saintifik sebenar, cadangan (proposal) sarjana mereka, bahan-bahan dan kaedah-kaedah baru dalam kajian, dan juga untuk membolehkan para penyelidik memberi saranan tentang penambahbaikan cadangan (proposal) mereka. Para penyelidik yang terkenal dalam kepakaran khusus mereka juga memberi ceramah mengenai penyelidikan semasa mereka dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka kepada pelajar. Profesor Emeritus Dr. Faizah binti Sharoum memberikan ceramah tentang “Peluang Terbuka untuk Penyelidik Muda”, Profesor Dato ‘Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah memberikan ceramah tentang “Penyelidikan Biologi Kanopi”, Profesor Madya Dr. Ruben Clements memberi ceramah tentang “Bagaimana untuk Menerbit dalam Jurnal Berimpak Tinggi?” dan “Kajian Merekabentuk & Kaedah Persampelan”, Dr. Wahizatul Afzan binti Azmi memberikan ceramah tentang “Serangga sebagai Penunjuk Ekologi” dan Dr. Faisal Ali Anwarali Khan memberi ceramah tentang “Mod & Tempo pada Evolusi Mamalia”. Terdapat juga pelajar sarjana semester akhir telah memberikan ceramah tentang penyelidikan mereka seperti Roziah Ghazi, dan Grace Lee Ern Lin. Jumlah pembentang yang terlibat dalam seminar ini adalah 19 dan mengambil masa selama 7 jam.

Disediakan oleh:
Azuan R (azuan.roslan@umt.edu.my)
Pusat Ekosistem Tasik Kenyir, Institut Penyelidikan Kenyir, Universiti Malaysia Terengganu.

Semua abstrak boleh dilihat di sini: Seminar Kenyir 2015

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More