Oleh: Muhammad Hafiz Sulaiman
Kumpulan Penyelidikan Tenggiling dari Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) telah menerima jemputan daripada Malaysian Heritage and History Club untuk memberikan ceramah dan menjalankan pameran berkaitan Tenggiling Malaya di Badan Warisan Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum perihal dan status Tenggiling Malaya yang diancam kepupusan. Program ini telah berlangsung pada 2 April 2016 yang lalu dan disertai oleh Dr. Chong Ju Lian, En. Ahmad Fakhrurrazi Mokhtar dan En. Muhammad Hafiz Sulaiman.






