IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Pertandingan Melukis dan Menulis Karangan Bertemakan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu Bagi Tujuan Penerbitan Buku: 24 April 2018

24 April 2018: Pertandingan Melukis dan Menulis Karangan Bertemakan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu Bagi Tujuan Penerbitan Buku telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu pada jam 2.30 hingga 5.30 petang.  Program ini merupakan kerjasama pihak BIO-D TROPIKA dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melalui Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Pertandingan ini melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Hulu Terengganu iaitu pertandingan melukis bagi pelajar sekolah rendah dan pertandingan menulis karangan bagi pelajar sekolah menengah. Pertandingan ini mempunyai tema tertentu seperti sejarah, budaya dan warisan serta tempat-tempat menarik di Hulu Terengganu khasnya di Tasik Kenyir. Di antara objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk mengumpul maklumat tentang sejarah, warisan, budaya, kraftangan, makanan tradisional dan sebagainya di Hulu Terengganu melalui penghasilan karya lukisan dan karangan oleh para pelajar sekolah rendah dan menengah. Banyak kelebihan yang boleh didapati daripada pertandingan ini iaitu pelajar dapat mengasah bakat diri dalam bidang melukis dan penulisan karangan. Melalui pertandingan ini juga para pelajar dapat mengetahui kisah sejarah di Hulu Terengganu melalui ibu bapa dan orang-orang lama.

 

Share the Post:

Related Posts