IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Program e-Usahawan Seminar Pemasaran Digital bagi Menjana Pendapatan
Photo session with program participants.

e-usahawan1

Program e-Usahawan Seminar Pemasaran Digital bagi Menjana Pendapatan adalah merupakan anjuran Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) dengan kerjasama Kelab Mutiara UMT, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dan Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia (WIN). Program ini telah mendapat penajaan daripada pihak MDEC.

Program ini telah dilaksanakan pada 25 Oktober 2016 (Selasa) pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Auditorium Mahyuddin, UMT. Program ini disampaikan oleh Puan Norhimah Aziz iaitu Presiden WIN, Master Trainer e-Usahawan. Program ini meliputi 2 sesi iaitu sesi pagi untuk sesi taklimat dan sesi petang iaitu sesi latihan hands on.

Objektif program ini adalah untuk membawa transformasi perniagaan usahawan berpengalaman, memperkenalkan medium pemasaran digital kepada usahawan baru, melahirkan lebih ramai usahawan celik teknologi, membantu usahawan menjana ekonomi keluarga yang akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dan membantu pemasaran digital yang berkesan dikalangan usahawan menggunakan media sosial seperti facebook, instagram, website dan sebagainya.

Program ini telah dihadiri seramai 148 orang yang meliputi para pensyarah UMT, staf-staf UMT, pelajar-pelajar UMT dalam kursus pemasaran, pelajar-pelajar UniSZA, dan komuniti setempat.

Peserta telah mendapat pelbagai faedah daripada pelaksanaan program ini iaitu mereka telah mempunyai laman media sosial untuk perniagaan, mendapat ilmu pengetahuan berkenaan teknik yang diajar sebaik mungkin bagi membangunkan perniagaan mereka, mengamalkan cara bijak mengurus pemasaran digital dengan mementingkan teknologi yang efektif untuk perniagaan, dapat mempraktikkan tips-tips yang diberi dengan cara yang disarankan, berupaya untuk merancang pasaran dengan menumpukan kepada kumpulan sasaran yang dikenal pasti dan didedahkan kepada jenis-jenis media sosial yang berkesan untuk perniagaan mereka.

 

Photo session with program participants.
Sesi bergambar bersama peserta program.

 

Briefing session by Mrs. Norhimah Aziz.
Sesi taklimat oleh Pn. Norhimah Aziz.

 

Hands on practical session.
Sesi latihan hands on.

 

Disediakan oleh:
Institut Penyelidikan Kenyir, UMT

Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More