15 Oktober 2017 : Program Jaringan Komuniti Tautan Kasih Bersama Orang Asli Sungai Berua telah dirasmikan oleh YBhg. Tn. Hj. Azmi Bin Razik (Pegawai Daerah Hulu Terengganu) bertempat di Kampung SungaI Berua, Hulu Terengganu. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dengan komuniti setempat, untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan hasrat komuniti Orang Asli dan mewujudkan jaringan kerjasama di antara pihak IPK UMT dengan agensi JAKOA serta Pejabat Daerah Hulu Terengganu (PDHT).
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) MENEROKA PELUANG BAHARU DI KEPULAUAN KARIMUN, INDONESIA.
Dalam usaha proaktif untuk memperkukuhkan kerjasama akademik dan mempromosikan program pengajian di UMT, pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari