IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Program Kesedaran Awam Tenggiling dan Survei Fasa (II) di Sekolah Kebangsaan Seri Berang

Oleh: Muhammad Hafiz Sulaiman

Kumpulan Penyelidikan Tenggiling dari Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) telah menjalankan Program Kesedaran Awam dan survei berkenaan tenggiling di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Kuala Berang pada 25 April 2016. Program ini merupakan kesinambungan daripada program Fasa (I) yang hanya melibatkan kajian survei. Matlamat utama program Fasa (II) ini adalah untuk menilai penerimaan dan pemahaman para pelajar menggunakan kaedah survei setelah didedahkan dengan maklumat berkaitan tenggiling melalui ceramah, poster, permainan dan pameran. Program ini telah berlangsung selama 3 jam dan telah dijalankan oleh Dr. Chong Ju Lian, Saw Wei Ling, Nor Diyana Tajariffin, Nur Atikah Abd Rashid dan Muhammad Hafiz Sulaiman.

Ms. Nor Diyana was giving awareness talks regarding the Malayan Pangolin to participants.
Cik Nor Diyana sedang memberikan ceramah kesedaran berkaitan Tenggiling Malaya kepada para peserta.

 

Ms. Saw Wei Ling presented a souvenir to students who succeed in the game provided.
Cik Saw Wei Ling menyampaikan cenderahati kepada pelajar yang berjaya di dalam permainan yang disediakan.

 

Students are answering the questions in the questionnaire sheets.
Para pelajar sedang menjawab soalan-soalan di dalam kertas soal selidik.

 

Students posing together with a petition that has been signed.
Para pelajar bergambar bersama-sama dengan petisyen yang telah ditandatangani.
Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More