IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Program Kesedaran Awam Tenggiling dan Survei Fasa (II) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan

Oleh: Muhammad Hafiz Sulaiman

Kumpulan Penyelidikan Tenggiling dari Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) telah menjalankan Program Kesedaran Awam dan survei berkenaan tenggiling di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pada 13 April 2016. Program ini merupakan kesinambungan daripada program Fasa (I) yang hanya melibatkan kajian survei. Matlamat utama program Fasa (II) ini adalah untuk menilai penerimaan dan pemahaman para pelajar menggunakan kaedah survei setelah didedahkan dengan maklumat berkaitan tenggiling melalui ceramah, poster, permainan dan pameran. Program ini telah berlangsung selama 3 jam dan telah dijalankan oleh Dr. Chong Ju Lian, Saw Wei Ling, Nor Diyana Tajariffin, Nur Atikah Abd Rashid dan Muhammad Hafiz Sulaiman.

 

Muhammad Hafiz was giving awareness talks regarding the Malayan Pangolin to participants.
Muhammad Hafiz sedang memberikan ceramah kesedaran berkaitan Tenggiling Malaya kepada para peserta.

 

The students signed the petition “Say No to Pangolin Poaching, Smuggling and Products”.
Para pelajar menandatangani petisyen “Katakan Tidak Pada Pemburuan, Penyeludupan dan Produk Tenggiling”.

 

Students joined the game “Build Words” from word TENGGILING or PANGOLIN.
Para pelajar menyertai permainan “Bina Perkataan” daripada perkataan Tenggiling atau Pangolin.

 

Students and Pangolin Research Group posing together with a petition that has been signed.
Para pelajar dan Kumpulan Penyelidikan Tenggiling bergambar bersama-sama dengan petisyen yang telah ditandatangani.
Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More