IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Program pertukaran 37 orang pelajar daripada Universitas Airlangga ke UMT

Program pertukaran 37 orang pelajar daripada Universitas Airlangga ke UMT

Program pertukaran pelajar ini merupakan program kali pertama seumpamanya dianjurkan oleh pihak Insitut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) di UMT. Untuk rekod, pihak kami telah menghantar seorang wakil ke program pertukaran pelajar di UNAIR, Indonesia pada tahun 2022. Program pertukaran pelajar ini telah diadakan pada 31 Julai 2023 hingga 14 Ogos 2023 melibatkan seramai 37 orang pelajar serta 5 orang pensyarah dan pegawai pengiring daripada Universitas Airlangga (UNAIR). Program selama 14 hari ini telah merangkumi pelbagai sesi iaitu;

  1. 3 jam kredit Pengajaran dan Pembelajaran
  2. 4 sesi bersama komuniti
  3. 4 sesi bersama pihak industry
  4. 6 sesi USR; dan
  5. 1 sesi bersama pihak Muzium Terengganu

Pihak IBTPL juga telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak fakulti dengan membantu mengadakan sesi penganjuran bersama bagi merealisasikan objektif penganjuran program ini. Diantara fakulti yang terlibat ialah;

  1. Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial
  2. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
  3. Fakulti Perikanan dan Sains Makanan; dan
  4. Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

Share the Post:

Related Posts