IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

SEABCRU – Bengkel Kaedah dan Rekabentuk Kajian Kelawar

Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Pemuliharaan Kelawar Asia Tenggara (SEABCRU), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Texas Tech University dari 4 hingga 7 Disember 2016 di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) UKM, Langkawi. Bengkel ini disertai oleh pelajar pasca siswazah IPK dan penyelidik-penyelidik universiti di Malaysia. Dalam bengkel ini, penyelidik kelawar muda diajar bagaimana untuk mengamati populasi rubah terbang pulau (island’s flying fox), pemetaan gua, pengecaman kelawar dan kaedah penyelidikan oleh penyelidik-penyelidik kelawar terkenal di dunia.

Island's flying fox monitoring program conducted by Lisa Paguntalan from The Philippines Biodiversity Centre.
Program pengamatan rubah terbang pulau (island’s flying fox) yang dikendalikan oleh Lisa Paguntalan dari Philippines Biodiversity Centre.

 

Cave mapping (cartography) course.
Kursus pemetaan gua (kartografi).

 

Participants listening to the briefing by Dr. Sigit Wiantoro from Bogor Museum, Indonesia, Dr. Tigga Kingston from Texas Tech University, Dr. Nancy Simmons from American Museum of Natural History and Dr. Stephen Rossiter from Queen Mary Unviersity of London, UK.
Peserta mendengar taklimat oleh Dr. Sigit Wiantoro dari Bogor Museum, Indonesia, Dr. Tigga Kingston dari Texas Tech University, Dr. Nancy Simmons dari American Museum of Natural History dan Dr. Stephen Rossiter dari Queen Mary Unviersity of London, UK.

 

Cave mapping course.
Kursus pemetaan gua.

 

IPK's postgraduate student, Hasrulzaman Hassan Basri with Dr. Tigga Kingston from Texas Tech University.
Pelajat pasca siswazah IPK, Hasrulzaman Hassan Basri bersama Dr. Tigga Kingston dari Texas Tech University.

 

Bat's echolocation call course.
Kursus panggilan ekolokasi kelawar.

 

Bat's identification course by Dr. Juliana Senawi from Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kursus pengecaman kelawar oleh Dr. Juliana Senawi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Azuan Roslan (IPK postgraduate student) glimpes during the cave mapping course in Gua Pinang.
Kelibat Azuan Roslan (pelajar pasca siswazah IPK) semasa kursus pemetaan gua di Gua Pinang.
Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More