IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Survei Pengetahuan Berkenaan Tenggiling Malaya di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Matang

Oleh: Muhammad Hafiz Bin Sulaiman

Satu kajian soal selidik di kalangan pelajar sekolah menengah telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Hulu Terengganu pada 18 April 2016 (Isnin). Kajian ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi. Kajian soal selidik ini melibatkan pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 sahaja. Kajian ini telah dijalankan oleh empat orang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Dr. Chong Ju Lian, Saw Wei Ling, Nor Diyana Tajariffin dan Muhammad Hafiz Sulaiman.

Kajian soal selidik ini dijalankan sebagai kesinambungan kepada kajian terdahulu yang tertumpu kepada penduduk kampung atau orang dewasa. Namun, bagi melengkapkan penyelidikan yang telah dijalankan, adalah penting untuk mendapat maklumat tahap kesedaran tenggiling di kalangan generasi akan datang iaitu pelajar. Matlamat kajian soal selidik ini adalah untuk mendapatkan gambaran sejauh mana pengetahuan para pelajar mengenai tenggiling dan setinggi mana tahap kesedaran mereka untuk pemuliharaan tenggiling. Penyelidikan ini akan diteruskan di beberapa sekolah rendah dan menengah yang terpilih di kawasan Geotaman Kenyir.

 

Students listening to the explanation given before answering the questionnaire.
Para pelajar mendengar penerangan yang diberikan sebelum menjawab soal selidik.

 

Ms. Nor Diyana and Madame Maznita monitor the students involved in the questionnaire.
Cik Nor Diyana dan Cikgu Maznita memantau para pelajar yang terlibat dengan soal selidik.

 

Ms. Saw Wei Ling explains and briefings the questionnaires to the students.
Cik Saw Wei Ling memberi penerangan berkaitan soal selidik kepada para pelajar.
Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More