Oleh: Muhammad Hafiz Bin Sulaiman
Persampelan serangga akuatik telah dilakukan pada 17 Mei sehingga 19 Mei 2016. Empat sungai telah dipilih iaitu Sungai Tembat, Sungai Petuang, Sungai Buluh Nipis dan Sungai Mandak. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kesihatan sumber air di Tasik Kenyir dengan menggunakan serangga air sebagai indikator biologi. Ini berikutan, terdapat beberapa order serangga air yang amat sensitif terhadap pencemaran. Berdasarkan pemerhatian, kawasan persampelan yang terpilih boleh dikategorikan sebagai bersih. Namun, impak pembinaan Empangan Sungai Tembat memberi kesan negatif terhadap kepelbagaian dan kelimpahan serangga akuatik disebabkan penyusutan paras air yang sangat ketara. Sungai Mandak, Buluh Nipis dan Petuang pula boleh dikategorikan masih terpelihara dan banyak spesies serta order serangga akuatik yang sensitif boleh ditemui seperti Plekoptera, Trikoptera dan Ephemeroptera. Penyelidik yang terlibat adalah Dr. Wahizatul Afzan Azmi, Ahmad Azinuddin Rumli, Johari Mohd Nor dan Muhammad Hafiz Sulaiman.
![a) Tembat River, b) Petuang River, c) Buluh Nipis River, d) Mandak River](https://ibtpl.umt.edu.my/wp-content/uploads/2016/05/Sungai-Sungai-Kenyir.png)
![Order Trichoptera found under the pebble at Buluh Nipis River.](https://ibtpl.umt.edu.my/wp-content/uploads/2016/05/Order-Trichoptera.png)
![Damselfly nymph found under small rock in Buluh Nipis River.](https://ibtpl.umt.edu.my/wp-content/uploads/2016/05/Damselfly-nymph.png)