Satu taklimat mengenai Peraturan Perundingan di UMT telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, Institut Penyelidikan Kenyir (IPK). Taklimat ini telah dilaksanakan pada 7 Jun 2016 (Selasa) pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Jaringan Komuniti, Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, IPK. Objektif utama taklimat ini adalah untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan peraturan projek perundingan di UMT. Program ini telah dihadiri oleh para profesor, pensyarah muda, penyelidik dan staf pentadbiran UMT termasuklah dari UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Taklimat program ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hii Yii Siang selaku Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).



Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, Institut Penyelidikan Kenyir (IPK), UMT



