IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Tinjauan Awal Ekspedisi Greenpreneur 2015

Tinjauan awal ini diadakan pada 23 Mac 2015 dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang di Kampung Buluh dan Kampung Basong Hulu Terengganu. Ia dilaksanakan bagi melancarkan pelaksanaan program Ekspedisi Mengenalpasti Greenpreneur Komuniti Pinggir Tasik Kenyir yang diadakan pada 26 Mac 2015. Ia bertujuan bagi membincangkan perjalanan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang ekspedisi tersebut seperti persediaan tempat taklimat, makan minum peserta dan lokasi perusahaan projek susu masam dan timun batang.

Kampung Buluh: Lawatan ke tapak projek penghasilan susu masam daripada kerbau.
Kampung Buluh: Lawatan ke tapak projek penghasilan susu masam daripada kerbau.
Kampung Buluh: Produk susu masam yang telah dihasilkan.

Objektif utama tinjauan awal ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan perjalanan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang ekspedisi berlansung, mengenalpasti lokasi tapak projek dan tempat taklimat ekspedisi yang akan dilaksanakan dan bagi memastikan kelancaran program ekspedisi yang akan dijalankan kelak. Seramai 3 orang penyelidik dan 3 orang staf CSD yang terlibat dalam tinjauan awal ekspedisi ini.

Kampung Basong: Projek Fertigasi Timun Batang.

Disediakan oleh:
Norhayati Ab Manaf (yati.manaf@umt.edu.my)
Pusat Pembangunan Sosioekonomi, Institut Penyelidikan Kenyir,
Universiti Malaysia Terengganu.

Share the Post:

Related Posts

PELAWAT CILIK

Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku

Read More