IBTPL | Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari

Universiti Malaysia Terengganu

Harimau Selamanya

Harimau Selamanya

RImba

Projek Harimau Selamanya memberi tumpuan kepada persempadanan, perlindungan dan pengawasan Harimau Belang (Phantera tigris jacksoni) dalam “kawasan teras” yang merangkumi Koridor Hidupan Liar Kenyir dan Bahagian Timur Laut Taman Negara. Projek ini dibiayai bersama oleh Hutan Taman Zoo dan Panthera dari Amerika Syarikat sebanyak USD 1 juta bagi projek ini dalam tempoh 10 tahun akan datang. Kawasan teras akan dipantau dan dilindungi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan rakan kongsi tempatan untuk memastikan harimau terus membiak dan meningkat. Tujuan utama projek ini bukan sahaja untuk mengekalkan kelangsungan hidup jangka panjang populasi harimau, ia juga melibatkan dua spesies terancam kucing besar iaitu Harimau Phantera pardus dan Harimau Bintang (Cloud Leopard Neofelis nebulosa). Tambahan pula, projek ini akan menyediakan maklumat penting ekologi dan pemuliharaan spesies mamalia lain di kawasan kajian. Penyelidik utama projek ini adalah Dr. Gopalasamy dengan kerjasama penyelidik dari Jabatan PERHILITAN dan Taman Negara serta kumpulan penyelidikan bebas yang dikenali sebagai MyRimba untuk mendapatkan kepadatan populasi anggaran asas harimau dan kucing liar lain di kawasan teras. Populasi utama harimau dan harimau Bintang telah diperolehi di Kenyir. Sekarang ini, projek ini beralih kepada harimau dan 200 perangkap kamera yang sedang digunakan oleh penyelidik dalam MyRimba untuk mengesan harimau dan lain-lain mamalia besar di kawasan teras setakat September 2014. Graduan yang berminat daripada UMT yang mahu bekerja untuk projek ini boleh menghubungi Dr Clements di alamat emel: reuben@myrimba.org.

 

Share the Post:

Related Posts

Kem Scienceploration 2018

Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di

Read More