Seminar dan Forum Pengkomersilan Produk Komuniti ke Peringkat Antarabangsa anjuran Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), IPK telah diadakan untuk memberi maklumat dan idea kepada komuniti tentang kaedah dan cara untuk mengkomersialkan produk-produk mereka ke peringkat antarabangsa. Penganjuran program memberi peluang kepada komuniti bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam mencari peluang untuk mengkomersialkan produk mereka sekaligus untuk meningkatkan pendapatan mereka. Program ini meliputi 2 slot iaitu slot seminar dan slot forum.
Program ini telah dilaksanakan pada 13 April 2015 (Isnin) pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Auditorium Mahyuddin,UMT. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Effendy Bin Abd. Wahid, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMT. Penceramah bagi slot seminar ini ialah Prof. Osman bin Mohamad, Profesor Pelawat di Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD) dan Tuan Hj Abd. Rahman bin Abd. Majeed, Penasihat Perniagaan kepada Ken Prima Cosmeceutical Sdn. Bhd. Manakala bagi slot forum, program telah berjaya melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Pertanian Terengganu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Wilayah Timur dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu.
Objektif program adalah memperkasakan pengetahuan komuniti setempat mengenai kaedah untuk memasarkan dan mengkomersialkan produk komuniti di peringkat Antarabangsa, memberi pendedahan mengenai ilmu-ilmu keusahawanan untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk dan membina rangkaian dan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor berkaitan dengan greenpreneur.
Disediakan oleh:
Norhayati Ab Manaf (yati.manaf@umt.edu.my)
Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir,
Universiti Malaysia Terengganu