Tahun 2023 telah mencatatkan satu lagi bab penting dalam usaha kolaborasi strategik Insitut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) dengan pelbagai institusi di luar negara. Pada 23 Oktober 2023, UMT dan Universiti Teknologi Brunei (UTB), Brunei Darussalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang sekaligus merupakan kerjasama rasmi pertama diantara UMT dan negara Brunei Darussalam. Kerjasama strategik ini akan membuka peluang baru untuk dalam kecemerlangan akademik dan penyelidikan. Majlis pertukaran dokumen perjanjian ini diadakan bersempena dengan persidangan “UTB Science, Technology and Engineering Connect (UTB-STE Connect 2023)” melalui inisiatif kerjasama Asia Technological University Network (ATU-Net).

PELAWAT CILIK
Pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) berbesar hati menerima kunjungan para guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan Tengku