Penglibatan 47 Orang pelajar ke program anjuran World Universities Association for Community Development (WUACD) bertempat di Surabaya, Indonesia.
Fungsi utama WUACD adalah untuk membina dan mengembangkan kerjasama dari pelbagai negara dan latar belakang akademik bagi meningkatkan kemakmuran komuniti dan menangani cabaran global yang berkaitan dengan kemiskinan, kesihatan, ketidaksetaraan, perubahan iklim, alam sekitar, keamanan, dan keadilan sosial selaras dengan 17 Sustainable Development Goals yang ditetapkan oleh United Nation (UN). WUACD telah dianggotai oleh 34 universiti dari 15 buah negara iaitu Australia, Bangladesh, Kemboja, Mesir, Indonesia, Malaysia, Taiwan, Thailand, Turki, Libya, Pakistan dan Amerika Syarikat. Bagi negara Malaysia pula, WUACD telah dianggotai oleh 5 universiti awam dan 2 universiti swasta.
Pada tahun 2023, UMT telah menghantar 47 orang pelajar ke UNAIR bagi mengikuti program pertukaran pelajar di Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia. Program tersebut telah berlangsung pada 29 Okt sehingga 9 Nov 2023 melibatkan 47 orang pelajar dari UMT. Program pertukaran pelajar ini adalah salah satu inisiatif daripada kerjasama UMT dalam World University Association for Community Development (WUACD) yang diwakili oleh Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu.